Naib Presiden Warisan Didakwa Pengubahan Wang Haram RM8.75 Juta

Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah, Datuk Peter Anthony didakwa atas pertuduhan pengubahan wang haram RM8.75 juta di Mahkamah Sesyen, Kota Kinabalu hari ini.

Dakwaan itu berkaitan Pihak Berkuasa Tempatan Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA).

Peter yang berpakaian sut hitam tiba jam 8.15 pagi tadi dengan ditemani peguamnya, Martin Tommy.

Hanya tiga wakil media, dibenarkan masuk ke bilik bicara untuk mengikuti prosiding berkenaan, bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan normal baharu menerusi amalan penjarakan sosial bagi mengekang penularan COVID-19.

Semalam, Peter tampil di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah bagi memberi keterangan kira-kira tiga jam berhubung kes itu.

Beliau disiasat oleh SPRM pada Selasa mengenai beberapa projek berkaitan kerajaan negeri, susulan terdapat laporan oleh pihak tertentu.

Peter yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap dan merupakan Naib Presiden Parti Warisan ialah seorang kontraktor sebelum menceburi politik pada 2018.

BBerkaitan

Latest articles