‘Agama Melayu’ Ibu Yati Sedang Disiasat Polis

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin yang memaklumkan polis telah memulakan siasatan terhadap ajaran “agama Melayu” yang didakwa menyeleweng dan menyesatkan.

“Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman (Datuk Huzir Mohamed) memaklumkan kepada saya yang mereka sedang melihat perkara itu.

“Kita juga akan bincang dengan Peguam Negara jika ada sebarang pelanggaran undang-undang. Jika ada, tindakan akan diambil,” katanya seperti dipetik.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Ahmad Marzuk Shaary pada semalam dilaporkan berkata Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) hampir selesai dalam menyiasat ajaran itu, yang dipercayai dibawa seorang wanita bergelar Ibu Yati.

Pada masa sama, Ahmad Marzuk menggesa orang ramai supaya tidak cepat menghukum mana-mana individu berdasarkan video yang tular di media sosial.

Sementara itu itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad berkata Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM) perlu bermuzakarah dengan Jabatan Islam Agama negeri sebelum mengeluarkan fatwa sesuatu ajaran sebagai sesat.

Pada 29 Jan lalu, Ibu Yati atau nama sebenarnya Wan Noor Hayati Wan Alias, 41, menafikan ada membawa ajaran sesat mahupun agama baru, serta memberi tempoh tujuh hari kepada Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Nasruddin Hassan untuk membuat permohonan maaf secara terbuka kerana membuat dakwaan itu.

BBerkaitan

Latest articles