MotoGP Malaysia: Zahid Mahu PETRONAS Kekal Sebagai Penaja Utama

SEMENYIH: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan mengadakan perbincangan dengan kepimpinan PETRONAS bagi memastikan syarikat minyak negara itu terus menjadi penaja utama Grand Prix Motosikal (MotoGP) Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Beliau berkata, perkara itu dibangkitkan Ketua Pegawai Eksekutif MotoGP Sports Entertainment Group, Carmelo Ezpeleta, ketika pertemuan mereka semalam.

Menurut Ahmad Zahid, Ezpeleta memaklumkan tahun ini merupakan tahun terakhir PETRONAS menjadi penaja utama perlumbaan berprestij itu, selain berharap nama Malaysia terus dikaitkan dengan syarikat minyak negara berkenaan.

Susulan itu, beliau akan bertemu Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PETRONAS, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik, bagi membincangkan langkah mengekalkan penajaan berkenaan.

Ahmad Zahid berkata, beberapa pendekatan boleh dipertimbangkan bagi memastikan PETRONAS terus memainkan peranan itu walaupun kosnya mungkin tinggi.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis Sembang Santai MotoGP sempena GP Malaysia yang berlangsung minggu ini.

BBerkaitan

Latest articles