Tuanku Muhriz Dijemput Ke Majlis Raja-Raja, Kedudukan Takhta Terus Jadi Perhatian

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, dijemput menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja pada 13 hingga 15 Oktober ini ketika kemelut takhta negeri itu masih berlarutan.

Menurut laporan The Straits Times (ST) pada Isnin, jemputan daripada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, yang mempengerusikan mesyuarat berkenaan, dilihat mengukuhkan kedudukan Tuanku Muhriz dalam pertikaian dengan sepupunya, Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja’afar.

Bagaimanapun, Tuanku Muhriz memaklumkan bahawa baginda hanya akan menghadiri mesyuarat pramajlis pada 13 Oktober.

ST turut melaporkan bahawa Tuanku Muhriz dijadualkan mempengerusikan pelantikan Undang Jelebu yang baharu pada 14 Oktober, yang berpotensi mengukuhkan sokongan terhadap baginda dalam Dewan Keadilan dan Undang (DKU).

Pelantikan itu dijangka menjadikan tiga daripada empat Undang menyokong Tuanku Muhriz, sekali gus memberi kesan kepada usaha Tunku Nadzaruddin untuk mengambil alih takhta.

Tunku Nadzaruddin yang diisytiharkan sebagai Yang di-Pertuan Besar oleh kumpulan Undang yang menentang Tuanku Muhriz pula tidak menerima jemputan menghadiri mesyuarat berkenaan, menurut laporan itu.

Dalam perkembangan berkaitan, DKU sebelum ini menegaskan bahawa Tuanku Muhriz kekal sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang sah, manakala pengisytiharan penyingkiran baginda pada 19 April lalu tidak mematuhi peruntukan perlembagaan negeri.

Kemelut berkenaan turut mencetuskan pertikaian mengenai pentadbiran kerajaan negeri serta hubungan antara institusi diraja dengan politik.

BBerkaitan

Latest articles