​PAU 2026: UMNO Digesa Siasat Isu TH-UJSB Jika Diberi Peluang Perintah Kembali

​KUALA LUMPUR: UMNO digesa untuk mengambil tindakan menyiasat semula isu penstrukturan Lembaga Tabung Haji (TH) di bawah Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) sekiranya diberi peluang memimpin pentadbiran negara kelak.

​Perwakilan Kelantan, Datuk Zawawi Othman berkata, langkah itu penting bagi merungkai isu berkenaan yang didakwa dimanipulasi sehingga mewujudkan persepsi negatif terhadap UMNO.

​​”Kami orang Melayu tidak marah kalau orang Islam yang merancang, melihat atau menyiasat di dalam Tabung Haji. Tetapi ketika kamu menjadi Menteri Kewangan, kamu telah meletakkan Tabung Haji di bawah UJSB.

​”Hari ini pun belum selesai dan dipersepsikan kita yang salah. Ingat, kalau kita diberi peluang, bukan kita nak menyatakan kamu salah, tetapi kita juga boleh menyiasat kamu… Lim Guan Eng, Tony Pua, Nga Kor Ming,” katanya.

Beliau membangkitkan perkara tersebut sewaktu menyampaikan perbahasan Ucapan Dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL) di sini pada Sabtu.

BBerkaitan

Latest articles