‘Lupakan Saja’ – Rafizi Titip ‘Nasihat’ Berseloroh Buat Individu Mahu Kahwin Ahli Politik

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli menyentuh hati netizen apabila memberi ‘nasihat’ mencuit hati kepada seorang pengguna media sosial yang menyuarakan hasrat untuk berkahwin dengan ahli politik atas alasan mahu hidup senang.

Menerusi hantaran di platform Threads, seorang pengguna menggunakan akaun @kitapwincessss memuat naik status menyatakan keinginannya untuk menjadikan ahli politik sebagai pasangan hidup.

“I rasa nak kahwin dengan politician la sebab hidup macam senang je,” tulis individu berkenaan.

Hantaran itu kemudiannya menarik perhatian Rafizi yang tampil memberi respons secara berseloroh mengenai reality kehidupan berpasangan dengan ahli politik.

Rafizi mengingatkan bahawa terdapat pelbagai jenis ahli politik dan kesemuanya mempunyai cabaran tersendiri yang perlu dihadapi oleh seseorang isteri.

“Hati2 politicians ada banyak jenis:

“1) tak ambil rasuah – so hidup kau miskin dik, tak de duit sentiasa si suami tu

“2) selalu keluar malam – kalau isteri jenis insecure, tak tidur malam dik dok fikir apa la si suami buat

“3) takut kena tangkap – kalau si suami laju dgn duit rakyat, dok bimbang kena tangkap

“4) ada slot 4 kenapa perlu 1 – ha3 ada yg jenis macam ni isteri bimbang suami nak tambah slot,” katanya.

Mengulas lanjut, bekas Timbalan Presiden PKR itu secara berseloroh menasihati wanita berkenaan agar membatalkan sahaja niat tersebut.

“Nasihat pak cik: lupakan saja,” ujarnya.

Tanggapan dan jawapan santai Rafizi itu menarik perhatian ramai pengguna media sosial yang menyifatkan teguran berkenaan sarat dengan mesej realiti serta pengajaran buat orang awam.

BBerkaitan

Latest articles