Pelajar Tingkatan Lima Disyaki Minum Racun, Polis Sahkan Tiada Unsur Jenayah

SUNGAI SIPUT: Seorang pelajar lelaki Tingkatan Lima terpaksa dikejarkan ke hospital selepas dipercayai meminum bahan beracun ketika berada di dalam kawasan sebuah sekolah di daerah ini pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan A W Charan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung insiden itu pada hari kejadian sebelum siasatan segera dijalankan.

Menurut beliau, mangsa telah dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan dan keadaannya kini dilaporkan stabil.

“Siasatan awal yang dijalankan setakat ini tidak menemukan sebarang petunjuk atau unsur jenayah berkaitan kejadian tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang tidak sahih sehingga boleh mengelirukan masyarakat.

Beliau turut menyeru semua pihak agar menghormati privasi mangsa serta memberi ruang kepada polis meneruskan siasatan tanpa sebarang gangguan.

BBerkaitan

Latest articles