Pegawai Diplomatik Ahmad Zahid Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR: Bekas wartawan dan Pegawai Diplomatik kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Jailani Harun, meninggal dunia pada usia 66 tahun di Hospital Serdang, hari ini.

Pemergian Allahyarham disahkan anak sulungnya, Nabilla Jailani, 33, ketika dihubungi Bernama.

Pejabat Timbalan Perdana Menteri dalam satu kenyataan memaklumkan Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada jam 11.34 pagi.

Jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid Al-Mubarakah, Taman Bukit Cheras untuk disolatkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Alam Damai, Cheras selepas solat Asar.

Allahyarham dikenali sebagai seorang wartawan berpengalaman sebelum meneruskan khidmat sebagai Pegawai Diplomatik kepada Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Sementara itu, Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil menerusi hantaran di Facebook merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga serta kenalan Allahyarham.

Beliau mendoakan agar keluarga Allahyarham dikurniakan ketabahan menghadapi kehilangan insan tersayang, selain berharap roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

BBerkaitan

Latest articles