BN Sahkan Bertanding Solo di PRN Negeri Sembilan Susulan Keputusan PH Tanding Semua Kerusi

KUALA LUMPUR — Barisan Nasional (BN) mengesahkan akan bertanding secara solo pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan selepas Pakatan Harapan (PH) memutuskan untuk meletakkan calon di kesemua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan PH itu menyebabkan BN tidak mempunyai pilihan selain mengatur strategi secara bersendirian bagi menghadapi pilihan raya berkenaan.

Menurut beliau, pengumuman PH untuk bertanding di semua kerusi menutup ruang bagi sebarang pembahagian kerusi antara kedua-dua gabungan di negeri tersebut.

“Kita tidak ada pilihan selain bertanding secara solo kerana PH telah membuat keputusan untuk meletakkan calon di semua 36 kerusi DUN Negeri Sembilan,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama persidangan Invest Malaysia Kuala Lumpur 2026 di sini hari ini

Sebelum ini, Pengerusi PH Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun dilaporkan mengumumkan bahawa gabungan itu akan mempertahankan kesemua 36 kerusi DUN menerusi agihan yang telah dimuktamadkan antara parti-parti komponennya.

Perkembangan itu menyaksikan BN dan PH, yang merupakan rakan dalam Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan, bakal berdepan sebagai pencabar di Negeri Sembilan sekiranya tiada perubahan pada pendirian kedua-dua pihak menjelang hari penamaan calon.

PRN Negeri Sembilan dijangka menjadi antara medan tumpuan politik negara memandangkan ia berlangsung dalam landskap politik yang menyaksikan kerjasama di peringkat Persekutuan tetapi persaingan di beberapa negeri

Dan semalam Suruhanjaya  Pilihan Raya (SPR) memakliumkan akan mengadakan mesyuarat khas pada 12 Jun ini bagi membincangkan urusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16.

Setiausaha SPR Datuk Khairul Shahril Idrus berkata mesyuarat yang bersekali dengan Mesyuarat Khas PRN Johor ke-16 itu diadakan susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan ke-15 pada Jumaat lepas.

 

 

BBerkaitan

Latest articles