TM Beri Kerjasama Penuh Siasatan DOJ Berhubung Kes Seleweng Dan AS$20 juta

KUALA LUMPUR: Telekom Malaysia memaklumkan akan memberi kerjasama penuh kepada Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) susulan kes membabitkan bekas pegawai kanan TM USA Inc yang didakwa menyeleweng dana syarikat melebihi AS$20 juta.

Menurut TM, siasatan dalaman telah dimulakan lebih awal selepas wujud syak wasangka terhadap salah laku beberapa individu terbabit sebelum mereka akhirnya dipecat.

Hasil siasatan itu turut diserahkan kepada pihak berkuasa berkaitan untuk tindakan lanjut.

Syarikat telekomunikasi nasional itu menegaskan pihaknya mengamalkan standard tadbir urus dan pematuhan yang ketat serta tidak berkompromi terhadap sebarang bentuk penyelewengan.

Terdahulu, media antarabangsa melaporkan tiga bekas pegawai kanan TM di Amerika Syarikat didakwa oleh DOJ atas tuduhan menyeleweng dana syarikat melalui rekod palsu dan transaksi tidak sah antara Julai 2020 hingga Februari 2026.

Individu terbabit ialah Mohd Hafiz Lockman, Mohd Yuzaimi Yusof dan Khanh Thuong Nguyen yang didakwa memperdaya pembekal, juruaudit serta penyelia syarikat demi keuntungan peribadi.

Menurut DOJ, Mohd Hafiz ditahan di Lapangan Terbang San Francisco manakala dua lagi tertuduh menyerah diri kepada pihak berkuasa bulan lalu.

BBerkaitan

Latest articles