KOTA BHARU: Dua lelaki yang dikaitkan dengan kes pembunuhan pelajar Kolej Poly-Tech MARA, Nurfisya Zulkifly, dibawa ke mahkamah pagi ini bagi mendapatkan perintah sambungan reman.
Kedua-dua suspek berusia 19 tahun itu tiba sekitar jam 8.20 pagi dengan diiringi polis menaiki kenderaan pasukan keselamatan dengan memakai pakaian tahanan lokap.
Tindakan melanjutkan reman dibuat bagi memberi ruang kepada pihak berkuasa meneruskan siasatan berhubung kes bunuh yang meragut nyawa pelajar perempuan berkenaan selepas mayatnya ditemukan dengan 61 kesan tikaman di Kampung Simah, Ketereh.
Sebelum ini, kedua-dua individu terbabit direman selama tujuh hari bermula 2 Mei dan tempoh tahanan itu tamat hari ini.










