Pemilik Premis Ditahan Isu Kalimah ‘Allah’ Di Tokong Kecil Tular

KANGAR: Polis menahan seorang pemilik premis perniagaan perkakasan berhubung penemuan kalimah Allah pada sebuah tokong kecil di premisnya di Seriab, yang tular di media sosial, semalam.

Ketua Polis Daerah Kangar ACP Yusharifuddin Mohd Yusop berkata lelaki berusia 61 tahun itu ditahan pada kira-kira 3 petang oleh pegawai dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis daerah itu.

“Siasatan kes ini di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil,” katanya dalam kenyataan ringkas malam tadi.

Sementara itu, Ketua Polis Perlis Datuk Muhammad Abdul Halim sebelum ini memaklumkan kepada Bernama polis menerima laporan pada 2.30 petang selepas seorang lelaki menonton video berkaitan kejadian itu di Facebook “SAYA ANAK PERLIS”.

Menurutnya, siasatan turut dijalankan dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis. – BERNAMA

BBerkaitan

Latest articles