Keputusan 14 ADUN BN N. Sembilan Muktamad Demi Institusi Negeri

KUALA LUMPUR: UMNO Negeri Sembilan mengambil pendirian tegas apabila mengesahkan keputusan 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) menarik sokongan terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, adalah muktamad dan tidak akan dipertimbangkan semula.

Pengerusinya, Datuk SeriJalaluddin Alias, menegaskan tindakan tersebut dibuat selepas keyakinan terhadap kepimpinan negeri itu semakin terhakis, khususnya dalam mengendalikan pentadbiran yang melibatkan aspek sensitif.

Menurut beliau, keputusan itu bukan didorong oleh percaturan politik sempit, perebutan kuasa mahupun gerakan menjatuhkan kerajaan secara tidak bermoral, sebaliknya berakar daripada isu urus tadbir yang menyentuh institusi adat dan kedaulatan Raja-Raja di Negeri Sembilan.

“Ini bukan soal kuasa atau kepentingan politik. Apa yang berlaku berkait rapat dengan cara kerajaan negeri mengurus institusi adat serta Raja, yang merupakan asas penting negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri Konvensyen 80 Tahun UMNO di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), hari ini.

Jalaluddin menegaskan, UMNO tidak mempunyai ruang untuk berkompromi dalam perkara melibatkan kepentingan negeri, apatah lagi jika ia berpotensi mencetuskan krisis lebih besar.

“Langkah ini terpaksa diambil bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih buruk. Kepentingan negeri dan kestabilan institusi adat mesti diutamakan,” katanya lagi.

BBerkaitan

Latest articles