Status 175 Aktivis GSF 2.0 Masih Kabur, SNCC Tunggu Pengesahan Rasmi

BANGI: Nasib 175 aktivis misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0, termasuk 10 rakyat Malaysia, masih belum dapat dipastikan selepas lebih 38 jam dilaporkan ditahan oleh rejim Zionis di perairan antarabangsa.

Ketua Pengarah Sumud Nusantara Command Center (SNCC), Datuk Sani Araby Abdul Alim Araby berkata, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang pengesahan rasmi mengenai status terkini kesemua aktivis terbabit.

Menurut beliau, maklumat awal yang diterima sebelum ini menyatakan kumpulan berkenaan dijangka dibebaskan di Pelabuhan Lerapetra, Pulau Crete, Greece sekitar tengah hari tadi waktu Malaysia.

“Bagaimanapun, sehingga kini kita masih belum memperoleh pengesahan rasmi sama ada daripada saluran diplomatik mahupun pasukan kita yang berada di lapangan di pelabuhan tersebut,” katanya dalam sidang media khas mengenai perkembangan misi GSF 2026 hari ini.

Dalam perkembangan sama, beliau memaklumkan SNCC telah berhubung dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang menzahirkan pendirian tegas mengutuk tindakan penahanan tersebut.

Tambahnya, kerajaan Malaysia turut memberi jaminan akan menggerakkan segala usaha secara maksimum bagi memastikan semua aktivis yang ditahan dapat dibebaskan segera.

BBerkaitan

Latest articles