Perbicaraan Revenue Group : Nama Individu Terkait “Mafia Korporat” , Datuk Chong Loong Men Disebut Dalam Mahkamah

KUALA LUMPUR: Saksi, Datuk Ng Chee Siong memberitahu mahkamah bahawa beliau mengenali Francis Leong Seng Hui yang dicalonkan sebagai Pengarah kepada Revenue Group Berhad (RGB) pada 2023 selepas diperkenalkan oleh Datuk Chong Loong Men.

Nama Chong Loong Men mencetuskan perhatian peguam bela, Datuk Amer Hamzah, yang meminta pengesahan sama ada individu tersebut adalah individu sama yang dikaitkan dengan isu “mafia korporat” yang hangat diperkatakan ketika ini.

Saksi mengesahkan ia adalah individu yang sama, namun menegaskan perkara itu berlaku kira-kira tiga tahun lalu dan tidak mempunyai kaitan dengan perbicaraan semasa.

Menurut saksi, beliau pada awalnya tidak mengenali Francis Leong, namun bersetuju membawa masuk individu tersebut ke dalam RGB selepas diperkenalkan oleh Chong melalui seorang kenalan lain dikenali sebagai William.

Timbalan Pendakwa Raya, Low Chin Hoe, membantah soalan tersebut atas alasan tidak relevan dan berpotensi memanjangkan prosiding.

Bagaimanapun, Amer Hamzah menegaskan bahawa beliau tidak mengaitkan perkara itu secara langsung dengan pertuduhan semasa, sebaliknya hanya mahu mendapatkan pengesahan identiti individu terbabit.

“Tiada kaitan dengan apa yang dibicarakan sekarang… tetapi ia penting kerana sejak awal perbicaraan kami telah menyentuh mengenai elemen mafia korporat,” Dihadapan hakim Rozana Ayob katanya.

Hakim, Tuan Rosli Ahmad, kemudian membenarkan soalan tersebut dan prosiding diteruskan.

Suasana mahkamah sebelum itu turut tegang apabila Amer Hamzah membantah kehadiran Steven Ng Chee Keong, selepas namanya disebut pada sesi pagi sebagai individu penting dalam rakaman audio yang dikemukakan sebagai bukti.

Peguam bela itu mempersoalkan kehadiran Steven secara tiba-tiba di galeri awam mahkamah, memandangkan beliau berkemungkinan akan dipanggil sebagai saksi.

Hakim Kemudiannya meminta Steven untuk meninggalkan mahkamah dan Stevent turut memohon maaf di atas kehadirannya ke mahkamah.

Sebelum itu, pada penghujung sesi pagi, mahkamah turut meneliti rakaman audio yang sebelum ini dikemukakan oleh pihak pendakwaan, yang mengandungi perbualan berkaitan urus niaga saham termasuk penggunaan kaedah Volume Weighted Average Price (VWAP).

Saksi mengesahkan bahawa rakaman tersebut melibatkan beberapa individu termasuk Steven Ng Chee Keong, yang dikenal pasti melalui suara dan dokumen berkaitan.

Dalam sesi soal balas seterusnya, saksi, Eddie Ng turut mengakui bahawa beliau tidak pernah membuat sebarang penjelasan dalam mesyuarat lembaga pengarah berhubung hubungan peribadi dengan individu tertentu, termasuk kegagalan memaklumkan bahawa seorang individu dikenali sebagai Jo Anne Loo adalah sepupu kepada beliau.

Mahkamah juga diberitahu bahawa pada 17 Januari 2023, Francis Leong Seng Hui telah dilantik sebagai Pengarah Eksekutif (ED) RGB, dengan pelantikan itu disahkan melalui dokumen notifikasi rasmi.

Bagaimanapun, saksi beberapa kali menyatakan beliau tidak mengetahui butiran penting berkaitan pegangan kepentingan Francis Leong dalam syarikat pada tempoh tersebut, walaupun ketika itu beliau memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan.

Peguam bela berhujah bahawa sebagai CEO, saksi sepatutnya mempunyai pengetahuan mengenai perubahan kepentingan tersebut, lebih-lebih lagi apabila satu dokumen bertarikh 26 Januari 2023 menunjukkan Francis Leong memperoleh pegangan dalam syarikat.

Selain itu, saksi juga gagal memberikan penjelasan jelas mengenai komposisi jawatankuasa berkaitan pelantikan pengarah pada Januari 2023.

Perbicaraan seterusnya bersambung 20 April 2026 dan dijangka mahkamah akan membuat penelitian lanjut terhadap dokumen-dokumen berkaitan struktur pemilikan, pelantikan pengarah serta kandungan penuh rakaman audio yang menjadi fokus

Untuk rekod Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Raya Low Chin How, manakala kedua-dua mereka diwakili bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Dzulkifli Ahmad dan Datuk Amer Hamzah Arshad.

Berdasarkan pertuduhan, Ng Shih Chiow dan Ng Shih Fang yang juga Pengarah Revenue Group Berhad didakwa bersubahat menyebabkan seorang pegawai CIMB Bank Berhad melupuskan harta iaitu sebuah kereta jenis Toyota Vellfire milik syarikat itu tanpa resolusi ahli lembaga pengarah.

Pelupusan yang dibuat dengan mendaftarkan kereta tersebut atas nama Shih Fang itu didakwa dilakukan mereka di Jabatan Pengangkutan Jalan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Lot 14264, Jalan Genting Kelang, Setapak, pada 3 Oktober 2018.

Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan denda, hukuman penjara tidak kurang enam bulan maksimum lima tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.

BBerkaitan

Latest articles