Projek RM750 Juta Vending Machine Nasi Lemak Dipersoal, Rafizi Perlu Disiasat

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi hari ini menggesa satu siasatan segera terhadap pelaksanaan projek vending machine nasi lemak yang dikaitkan dengan Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli, susulan timbul pelbagai persoalan mengenai keberkesanan dan ketelusannya.

Gesaan itu timbul selepas pendedahan oleh Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan, yang secara terbuka mengkritik projek bernilai RM750 juta berkenaan ketika Konvensyen PKR Johor baru-baru ini.

Ramanan ketika berucap mendakwa inisiatif tersebut sebagai gagal serta tidak memberi impak seperti yang diharapkan.

Dalam satu hantaran di media sosial, Puad berkata isu berkenaan bukan sekadar melibatkan dasar ekonomi, malah menyentuh kepentingan rakyat serta penggunaan dana awam yang besar.

Justeru, siasatan terperinci perlu dilakukan bagi memastikan tiada unsur penyelewengan, pembaziran atau manipulasi dalam perolehan mesin berkenaan.

“Ini isu rakyat. Justeru saya mendesak Ketua Audit Negara mesti menyiasat status projek tersebut. Apakah masih berkesan, tidak membazir dan tidak ada “make up” pembelian vending machine.

“Jangan jadi macam projek MyKiosk KPKT. Harga satu kiosk RM25K. Mahal dan membazir kerana banyak kiosk kosong.

“Ramanan seorang Menteri. Kritikannya terhadap projek Rafizi depan PMX. Patutlah dia tuduh Rafizi menteri paling gagal. Siasat segera,” gesanya lagi.

Situasi itu, menurut Puad, menjadi contoh jelas bagaimana perancangan yang lemah boleh membawa kepada pembaziran dana awam.

BBerkaitan

Latest articles