Ling Liong Sik Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR: Bekas Presiden MCA, Tun Ling Liong Sik dilaporkan meninggal dunia pagi ini pada usia 82 tahun.

Pemergian tokoh politik berpengaruh itu disahkan oleh Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong, selain dimaklumkan menerusi mesej kepada pemegang amanah Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), di mana mendiang pernah berkhidmat sebagai Canselor.

Dilahirkan di Kuala Kangsar, mendiang yang juga seorang doktor perubatan pernah memegang jawatan Menteri Pengangkutan selama hampir dua dekad, dari 1986 hingga 2003.

Selepas bersara daripada arena politik pada tahun 2003, beliau dilihat jarang tampil mengulas isu semasa termasuk perkembangan dalam MCA.

BBerkaitan

Latest articles