Hamzah, 19 MP Bersatu Umum Sokongan Kepada Samsuri Terajui PN

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, tampil menyatakan sokongan terbuka beliau terhadap pelantikan Datuk Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai Pengerusi baharu Perikatan Nasional (PN).

Menurut Hamzah, pelantikan tersebut bukan sekadar perubahan kepimpinan biasa, sebaliknya satu langkah penyatuan dan pengukuhan yang membuktikan PN serius untuk terus berkhidmat kepada rakyat serta membina masa depan negara.

Beliau menegaskan bahawa sebagai Ahli Parlimen, mereka kekal berdiri teguh bersama PN yang diterajui oleh Pas sebagai parti tunjang gabungan itu.

Sokongan tersebut turut dizahirkan menerusi senarai 19 Ahli Parlimen termasuk dirinya yang secara kolektif menyatakan pendirian menyokong kepimpinan baharu berkenaan.

Antara Ahli Parlimen yang menyatakan sokongan ialah Larut, Beluran, Masjid Tanah, Indera Mahkota, Tanah Merah, Hulu Terengganu, Tasek Gelugor, Kubang Pasu, Sungai Besar, Rompin, Ketereh, Machang, Kulim Bandar Baharu, Padang Rengas, Lumut, Sabak Bernam dan Mersing.

BBerkaitan

Latest articles