Ahmad Samsuri Dilantik Pengerusi PN Ganti Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar secara rasmi dilantik sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) yang baharu berkuat kuasa serta-merta.

Keputusan itu dimuktamadkan dalam Mesyuarat Luar Biasa Majlis Tertinggi PN yang berlangsung jam 3 petang tadi di Pejabat Agung PAS.

Mesyuarat berkenaan dihadiri semua ahli Majlis Tertinggi termasuk empat presiden parti komponen utama.

Pada masa sama, mesyuarat turut meluluskan peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin sebagai Pengerusi PN berkuat kuasa 1 Januari 2026.

Muhyiddin yang juga Presiden BERSATU sebelum ini menerajui gabungan tersebut sejak penubuhannya.

Turut hadir dalam mesyuarat berkenaan ialah Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau dan Presiden MIPP, P. Punithan.

Menurut kenyataan bersama pimpinan tertinggi PN, pelantikan Ahmad Samsuri dipersetujui sebulat suara oleh Majlis Tertinggi.

Perkara-perkara lain berkaitan hala tuju gabungan itu akan dibincangkan dalam mesyuarat akan datang.

BBerkaitan

Latest articles