Pengunjung Bazar Bengang – ‘Sup Nasi Ayam Macam Air Kosong’

SUNGAI PETANI: “Sup nasi ayam dah macam air suam… langsung tak ada daun bawang, daun sup. Apa nak jadi dengan bazar sekarang ni?”

Luahan kecewa itu tular di media sosial selepas seorang pengguna, @Nor Afzan Mohd. Rukon berkongsi pengalaman membeli nasi ayam di sebuah bazar Ramadan di Sungai Petani, Kedah.

Namun, apa yang mengecewakan adalah kuah sup yang diterima terlalu jernih sehingga kelihatan seperti air kosong yang dibungkus dalam plastik kecil.

Sedangkan kebiasaannya sup bagi nasi ayam pastinya ditabur dengan daun sup dan sedikit bawang goreng.

Perkongsian ringkasnya yang memaparkan gambar sup berkenaan pantas mengundang pelbagai reaksi netizen.

Rata-rata meluahkan rasa tidak puas hati terhadap sikap segelintir peniaga bazar Ramadan yang didakwa semakin mengabaikan aspek kualiti makanan.

Ada yang menyindir kononnya sup tersebut “boleh bela ikan pelaga”, manakala yang lain mendakwa terdapat peniaga mengambil kesempatan di bulan puasa untuk meraih keuntungan semata-mata.

Malah, seorang pengguna mempersoalkan soal tanggungjawab dan rasa bersalah peniaga terhadap pelanggan yang tidak sempat memasak dan bergantung kepada juadah bazar untuk berbuka.

BBerkaitan

Latest articles