Pasangan Doktor Kantoi Khalwat Mengaku Salah, Didenda

MELAKA: Sepasang doktor muda menerima padah selepas Mahkamah Tinggi Syariah Melaka semalam menjatuhkan denda masing-masing RM2,600 dan RM1,800 atas kesalahan berkhalwat di sebuah rumah di Taman Semabok Perdana, Julai lalu.

Hukuman itu diputuskan Hakim Kanan Syarie, Abu Bakar Mohd Daud terhadap Dr Abdul Hakim Abdul Rahman dan Dr Nur Arifah Adlina Azman, kedua-duanya berusia 26 tahun, selepas mahkamah meneliti fakta kes, rayuan serta hujah pendakwaan.

Jika gagal melunaskan denda, kedua-dua tertuduh boleh dipenjara sehingga tiga bulan.

Mengikut kertas pertuduhan, Dr Abdul Hakim didapati berada dalam keadaan mencurigakan bersama Dr Nur Arifah Adlin yang bukan isteri atau mahramnya di sebuah rumah di Semabok pada jam 3.37 petang, 29 Julai lalu.

Pendakwaan ke atasnya dibuat mengikut Seksyen 53(1) Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991, manakala pasangannya dituduh di bawah Seksyen 53(2) enakmen sama.

Kes berkenaan dikendalikan Pendakwa Syarie Radzwan Abdullah, manakala kedua-dua doktor terbabit memilih untuk tidak diwakili peguam.

Dalam rayuan, Dr Abdul Hakim memohon hukuman diringankan dengan alasan tekanan kerja dan perasaan insaf yang mendalam, selain mengakui kejadian itu memberi impak besar kepada kerjayanya sebagai penjawat awam.

Beliau turut memaklumkan bahawa dia bakal melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat.

Dr Nur Arifah Adlina pula, yang masih bujang, turut merayu hukuman minimum sambil menyatakan dia amat menyesal dan tertekan secara emosi kerana ini adalah kesalahan pertamanya.

BBerkaitan

Latest articles