Tahanan Rumah Najib: Keputusan Ditentukan 5 Januari

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi menetapkan 5 Januari depan untuk menyampaikan keputusan penting sama ada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, boleh menjalani baki hukuman penjaranya di bawah tahanan rumah.

Hakim Loke Yee Ching menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak, dengan keputusan dijadual diumumkan pada jam 8 pagi.

Permohonan semakan kehakiman itu berkait titah adendum yang didakwa diperkenan Yang di-Pertuan Agong sebelum ini, tetapi tidak diumumkan oleh Lembaga Pengampunan.

Najib, yang sedang menjalani hukuman enam tahun penjara selepas pengurangan separuh hukuman asal kes SRC International, mendakwa kerajaan gagal melaksanakan titah adendum tersebut.

Dalam prosiding, peguamnya Tan Sri Shafee Abdullah berhujah bahawa Agong tidak terikat dengan nasihat Lembaga Pengampunan dan boleh mengeluarkan titah sendiri, sambil menegaskan kekeliruan berpunca daripada salah tafsir istilah “preside over” dalam Perlembagaan.

Bagaimanapun, pihak kerajaan menegaskan titah tambahan itu tidak dibincangkan dalam mesyuarat rasmi Lembaga Pengampunan, menimbulkan persoalan terhadap kesahihan prosedurnya.

BBerkaitan

Latest articles