Pasangan Pengasas eHATI Lesap ke Negara Asia Tenggara Sedang Diburu

SHAH ALAM: Pasangan suami isteri yang mengendalikan program motivasi eHATI didapati melarikan diri ke sebuah negara di Asia Tenggara, sehari sebelum mereka dijadualkan menghadiri prosiding pertuduhan di mahkamah.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, siasatan mendapati pasangan tersebut berangkat ke luar negara pada 13 Oktober lalu dan sehingga kini tiada penahanan dibuat.

“Kami percaya mereka telah meninggalkan Malaysia sebelum tindakan pendakwaan dijalankan,” jelasnya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor.

Menurut beliau, pihaknya telah mengenal pasti negara yang menjadi destinasi pelarian pasangan itu dan PDRM kini bekerjasama dengan pihak berkuasa di sana untuk menjejaki mereka.

Waran tangkap juga telah dikeluarkan bagi memastikan tindakan lanjut dapat diambil.

Sebelum ini, polis mengesahkan pengasas eHATI antara dua individu yang dikesan selepas gagal hadir ke mahkamah bagi prosiding terbaru.

Setakat ini seramai 95 orang sudah dirakam kenyataan untuk membantu siasatan berkaitan program motivasi rumah tangga yang dianjurkan di sebuah pusat konvensyen di Seksyen 15, Shah Alam, September tahun lalu.

BBerkaitan

Latest articles