Prosiding Dedah Urus Niaga Mencurigakan Antara Revenue Harvest, Omega Dynasty

KUALA LUMPUR: Siasatan terhadap syarikat Revenue Harvest Sdn. Bhd. (RHSB), anak syarikat di bawah kumpulan RGB, mendedahkan kemungkinan berlaku penipuan dokumen melibatkan urus niaga bernilai lebih RM1.7 juta dengan sebuah syarikat pelanggan, Omega Dynasty Sdn Bhd.

Malah peguam, Datuk Amir Hamzah juga turut menempelak sama ada pihak pendakwaan sedang mengelirukan mahkamah beberapa dokumen beberapa bukti sokongan yang didapati tidak selari dengan barang yang dikeluarkan dari gudang.

Terdapat satu dokumen yang dirujuk sebagai bukti pengeluaran barang namun disahkan saksi, Muhammad Syahir Jalalludin bahawa ia merujuk kepada barang yang lain.

Saksi yang merupakan seorang kakitangan gudang RHSB sejak 2019 hingga April 2025 memberitahu bahawa transaksi tersebut melibatkan bayaran penuh daripada Omega Dynasty kepada RHSB, namun tiada bukti jelas menunjukkan barangan yang dimaksudkan telah dihantar kepada pelanggan berkenaan.

Saksi, yang berkhidmat di bawah seorang penyelia dikenali sebagai Wendy, memberitahu bahawa beliau hanya menjalankan tugas di bahagian gudang dan tidak terlibat dalam penyediaan dokumen seperti Purchase Order (PO), Delivery Order (DO) atau invois, yang semuanya disediakan oleh Jabatan Kewangan atas arahan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Lu Tak Keong dan Ketua Pegawai Operasi (COO) dikenali sebagai Ivan.

Antara dokumen yang dirujuk dalam siasatan termasuk PO, DO dan invois yang dikenal pasti sebagai ID75 hingga ID78 serta ID62B dan ID63B, di samping SPRM Exhibit 210 yang dijadikan rujukan tambahan.

Siasatan awal mendapati terdapat kemungkinan dokumen berkenaan dikeluarkan tanpa sebarang penghantaran fizikal barang.

Jumlah pembayaran yang direkodkan ialah sebanyak RM1,703,625.00, dibayar oleh Omega Dynasty kepada Revenue Harvest Sdn. Bhd.

Namun semakan awal pihak penyiasat tidak menemui bukti penghantaran sebenar, sekali gus menimbulkan kemungkinan bahawa Omega Dynasty merupakan pihak yang ditipu dalam transaksi berkenaan.

Saksi turut menegaskan bahawa segala urusan jual beli dan penyediaan dokumen dilakukan sepenuhnya oleh pihak kewangan syarikat dengan kelulusan pengurusan tertinggi, manakala beliau hanya menerima arahan operasi biasa di gudang.

Muhammad Suahir juga mengesahkan bahawa semua urusan melibatkan pengeluaran, penyimpanan dan pelupusan terminal dilakukan hanya atas arahan pihak pengurusan tertinggi.

“Segala arahan berkaitan operasi gudang diterima melalui penyelia saya, Wendy, yang akan menyalurkan arahan daripada pengurusan atasan,” katanya semasa disoal balas pihak pembelaan.

Beliau turut bersetuju bahawa sebarang tindakan pelupusan stok syarikat hanya boleh dilakukan selepas mendapat kelulusan daripada pihak pengurusan tertinggi, termasuk Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (Group CEO) RGB yang dikenal pasti turut memantau aspek pemasaran dan urusan perniagaan syarikat.

Dalam keterangannya, saksi juga mengesahkan bahawa dua pengarah kanan syarikat, Brian (Ng Shih Chiow dan Dino (Ng Shih Fang) telah digantung tugas pada Januari 2023 dan tidak lagi mempunyai kuasa mengeluarkan arahan semasa kejadian pelupusan terminal berlaku pada Februari tahun sama.

Amir selain itu memohon untuk mengemukakan rakaman percakapan yang dipercayai boleh menjadi hujah yang menunjukkan berlakunya arahan dari pihak tertentu yang akhirnya membawa kepada pertuduhan salah laku terhadap tertuduh iaitu Brian.

Timbalan Pendakwaraya, Aznika Mohd Anas bagaimanapun meminta mahkmah memberi masa kepada pihaknya memandangkan ia tidak pernah dikemukakan sebelum ini.

Hakim Tuan Rosli Ahmad kemudian membenarkan bagi memberi masa kepada pihak pendakwaan untuk mengambil tindakan lanjut.

Selain Amir pembelaan turut diwakili Peguam, Tan Sri Dzulkifli Ahmad.

BBerkaitan

Latest articles