Dr Akmal jawab Tun Faizal: “Saya tidak akan bela penyokong Israel”

KUALA LUMPUR, – Ketua Pemuda UMNO, Dr. Akmal Saleh menegaskan beliau enggan memberi perhatian atau membela individu yang pernah menyatakan sokongan terhadap rejim Zionis Israel, merujuk secara khusus kepada Muhammed Yusoff Rawther yang baru-baru ini dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi atas tuduhan dadah dan memiliki senjata tiruan.

Kenyataan itu dibuat menerusi satu hantaran di laman Facebook beliau sebagai menjawab pertanyaan Ketua Penerangan BERSATU, Tun Faizal Ismail Aziz yang mempersoalkan “ke mana hilangnya suara Ketua Pemuda UMNO” dalam isu Yusoff Rawther.

“Simpati tetap simpati, tetapi saya bukan penunggang macam kamu dan kawan-kawan kamu. Sejujurnya, orang yang menyokong negara Israel ini, saya tidak berminat untuk komen atau sokong, sebab beliau tidak layak mendapat perhatian saya,” tulis Dr Akmal.

Beliau turut memetik satu artikel lama yang mengaitkan Yusoff Rawther dengan kenyataan pro-Israel, dengan menyifatkan bahawa penderitaan yang dialami Yusoff hanyalah “1% daripada kezaliman sebenar yang dirasai rakyat Palestin setiap hari”.

Dr Akmal juga mempersoalkan pendirian pihak BERSATU, khususnya dalam isu “Abang Belon”, merujuk kepada seorang individu lain yang pernah dikaitkan dengan mereka.

“Mengenai isu Abang Belon, jangan tanya kami sebab dia dah pilih kamu dan kawan-kawan kamu sebagai peguam. Jangan pula kamu tinggalkan dia separuh jalan sebab dah tak boleh tunggang dia,” sindir beliau.

Mengakhiri kenyataannya, Dr Akmal memetik Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal dengan menyatakan bahawa sebelum mempersoalkan UMNO, BERSATU seharusnya terlebih dahulu bertanya di mana suara Ketua Pemuda mereka sendiri.

Beliau turut menyertakan pautan kepada artikel yang didakwa membuktikan sokongan Yusoff Rawther terhadap Israel, yang diterbitkan dalam portal Israel National News pada tahun 2022.

Sementara Ahli Parlimen , Wan Ahmad Fahys turut mempersoalkan kenyataan Ketua Penerangan Bersatu itu sendiri.

Hantaran Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), di laman Facebook miliknya sekali lagi mencetuskan persoalan apabila dilihat ‘menembak’ parti sendiri.

Beliau turut menempelak kenyataan Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz berhubung isu membabitkan bekas pembantu penyelidik seorang ahli politik, Muhammed Yusoff Rawther.

Sebelum tanya Ketua Pemuda UMNO, tanyalah dulu mana suara Ketua Armada Nasional dalam hal ini. Sudahkah beliau keluarkan kenyataan dalam hal ini?” soal Wan Ahmad Fayhsal.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Jamil Hussin memutuskan untuk memberikan DNA selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Muhammed Yusoff, 32, di akhir kes pendakwaan.

BBerkaitan

Latest articles