Bulan Ramadan adalah saat yang tepat untuk meningkatkan amal ibadah, termasuk dengan bersedekah kepada anak yatim.
Islam mengajarkan bahawa membantu mereka yang memerlukan, terutama anak yatim, memiliki keutamaan besar dan keberkatan.
Berbuat baik kepada anak yatim bukan hanya dianjurkan dalam kehidupan sehari-hari, tetapi juga memiliki pahala berlipat ganda jika dilakukan di bulan suci Ramadan.
Berikut beberapa keutamaan bersedekah kepada anak yatim yang perlu diketahui:
1. Menjadi Manusia Terbaik di Sisi Allah
Dalam sebuah riwayat disebutkan bahawa rumah yang di dalamnya terdapat anak yatim yang diasuh dengan baik adalah rumah terbaik di mata Allah SWT.
Sebaliknya, rumah yang memperlakukan anak yatim dengan buruk adalah rumah yang paling buruk. (HR. Ibnu Majah dari Abu Hurairah).
2. Pahala Masuk Syurga
Menyantuni anak yatim dapat menjadi jalan menuju syurga. Sebuah hadis menyebutkan bahwa siapa pun yang memberikan makanan dan minuman kepada anak yatim hingga mencukupi kebutuhannya, maka ia dijanjikan masuk syurga.
“Barang siapa yang mengikutsertakan seorang anak tanpa ayah di antara dua orang tua yang Muslim, dalam makan dan minumnya, sehingga mencukupinya maka ia pasti masuk surga.” [HR. Abu Ya’la dan Thabrani, Shahih At Targhib, Al-Albaniy: 2543].
3. Mendapat Doa dari Malaikat
Bersedekah kepada anak yatim juga membawa keberkatan dalam hidup. Rasulullah SAW menyebutkan bahawa setiap hari, ada malaikat yang mendoakan orang-orang yang bersedekah agar diberikan rezeki yang lebih baik.
4. Penghapus Dosa
Sedekah diyakini dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api. Dengan membantu anak yatim, seseorang tidak hanya mendapatkan pahala, tetapi juga dibersihkan dari kesalahan yang pernah dilakukan.
“Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.” (HR. Tirmidzi, di shahihkan Al Albani dalam Shahih At Tirmidzi, 614).
5. Lengkap Keperluan Hidup
Memberi kepada anak yatim tidak akan membuat seseorang kekurangan. Sebaliknya, Allah SWT menjanjikan bahwa harta yang disedekahkan akan digantikan dengan sesuatu yang lebih baik, bahkan dapat melunakkan hati dan mencukupi segala keperluan hidup.
6. Amal Kebaikan yang Sempurna
Selain menjalankan ibadah wajib seperti puasa dan solat, menyantuni anak yatim merupakan ibadah sunnah yang dapat menyempurnakan amalan seseorang di bulan Ramadan.
“Dan mereka bertanya kepadamu mengenai anak-anak yatim. Katakanlah, “Memperbaiki keadaan anak-anak yatim itu amat baik bagimu.” (QS Al Baqarah,2:220)
7. Bekal Kebaikan di Akhirat
Sedekah kepada anak yatim tidak hanya membawa manfaat di dunia, tetapi juga menjadi bekal di akhirat.
Rasulullah SAW bersabda bahawa mereka yang memelihara anak yatim akan ditempatkan dekat dengan beliau di syurga.
“Aku dan orang orang yang memelihara anak tanpa ayah (yatim) di syurga seperti ini, beliau menunjukkan telunjuk jari tengah serta beliau merenggangkan antara keduanya”. (HR Muslim)
Dengan pelbagai keutamaan tersebut, bulan Ramadan menjadi waktu yang tepat untuk kita saling berbagi dan membantu mereka yang memerlukan, terutama anak-anak yatim.
Semoga dengan bersedekah, umat Muslim semakin mendapatkan keberkatan dan rahmat dari Allah SWT.