KUALA LUMPUR: Tan Sri Kamaluddin Abdullah, menafikan dakwaan anak Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya tiba ‘gilirannya’ untuk mencuri wang atau memperkayakan diri menggunakan kedudukan politik bapanya Ketika memimpin negara suatu ketika dahulu.
Malah anak bekas perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi itu percaya Dr Mahathir amat jelas sangat kecewa dan sangat marah dengan banyak perkara dan individu.
“Sebagai respon kepada kenyataan terkini Tun Mahathir (Tun Dr Mahathir Mohamad) mengenai saya… saya dengan tegas menafikannya.
“Tun Mahathir jelas sangat kecewa dan marah terhadap banyak perkara dan individu.
“Hal yang terbaik yang kita boleh lakukan adalah berdoa untuk kesejahteraannya dan berharap agar di hujung usianya (Dr Mahathir), beliau menemui kedamaian dalam diri,” katanya dalam satu hantaran menerusi akaun Instagram miliknya semalam.
Dua hari lalu, Mahathir mendakwa terkejut selepas mendapat tahu daripada anaknya perbualan yang didakwa pernah berlaku dengan Kamaluddin.
Mahathir mendakwa penggantinya melihat kuasa perdana menteri ‘sebagai cara untuk memperkayakan diri’, bukannya fokus memimpin dan membina negara.