Pemandu Grab OKU Beri Keterangan Tiga Jam

KUALA LUMPUR: Pemandu e-hailing orang kurang upaya (OKU) yang didakwa diserang pengiring kepada orang kenamaan hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields hampir tiga jam bermula jam 12 tengah hari semalam.

Mangsa yang juga pemandu e-hailing, Ong Ing Keong, 46, bagaimanapun beredar dari IPD Brickfields kira-kira pukul 2.40 petang.

Terdahulu, In Keong hadir bersama seorang lelaki yang membantunya ketika insiden itu dengan menaiki sebuah kenderaan Toyota Vios berwarna perak kira-kira pukul 11.50 pagi.

Kehadirannya diiringi beberapa individu dari pejabat Lawyer for Liberty (LFL) termasuk Latheefa Koya, N. Surendran dan seorang jurubahasa.

Sebelum ini, media melaporkan lelaki kurang upaya bisu dan pekak didakwa dipukul seorang pengawal pengiring kepada orang kenamaan di sebuah hotel dekat KL Sentral pada 28 Mei lalu.

Mangsa didakwa dipukul ketika berada di lobi hotel berkenaan selepas menerima tempahan untuk mengambil empat penumpang di hotel berkenaan pukul 11.40 pagi.

BBerkaitan

Latest articles