Reezal Teruskan Legasi Pak Lah, Tidak ‘Colour Blind ‘ Ketika Berjuang Demi Rakyat

TASIK GELUGOR: Membawa slogan ‘Bertam Kita’ yang bermakna Bertam bukan milik satu kelompok, calon Barisan Nasional (BN) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bertam, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican nekad meneruskan legasi yang ditinggalkan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam membangunkan dan mensejahterakan penduduk setempat rakyat tempatan tanpa pilih bulu atau ‘colour blind’.

Reezal yang kembali bertanding selepas kalah di Parlimen Kepala Batas PRU15 yang lalu, memberitahu perjuangannya adalah menyeluruh dari golongan muda dan tua, tidak mengira jantina dan tidak memilih ideologi politik.

“Bertam bukan milik UMNO seorang, tetapi juga milik parti lain yang mana membawa suara rakyat ke Dewan Undangan Negeri perlulah mewakili semua.

“Apabila berkempen selama dua tiga hari ini, saya dapat melihat lebih kepada harapan mereka yang mahu saya meneruskan perjalanan ini di Kepala Batas dan tidak mahu kehilangan saya.

“Saya rasa itulah selepas kalah Parlimen pada PRU15 November 2022 tetapi di Bertam mereka menangkan saya dengan menzahirkan undi yang banyak di kawasan DUN ini, itu terpanggil saya untuk cakap bahawa saya Reezal Merican anak jati Bertam masih di sini untuk berkhidmat kepada mereka,” katanya.

Dalam usaha memenangi hati pengundi, Reezal memaklumkan dirinya akan meneruskan Aku Janji Demi Kepala Batas seperti mana PRU15 yang lepas untuk pengundi di Bertam yang merangkumi aspek pembangunan infrastruktur, pembangunan ekonomi setempat, pembangunan sosio masyarakat, pendidikan, pemerkasaan syiar Islam dan pembangunan anak muda.

Bekas Menteri Belia dan Sukan itu juga menegaskan, beliau hanya mempunyai satu impian yang wajib dilaksanakan untuk rakyat tempatan iaitu menjadikan bandar yang berdaya huni tinggi serta selamat untuk semua lapisan masyarakat dan peringkat umur.

Apatah lagi beliau berpandangan ramai rakyat Pulau Pinang memilih menetap di Bertam kerana mereka berasa selamat dan aman memandangkan terdapat Ibu Pejabat Polis Daerah dengan kekuatan hampir 1,000 anggota polis.

“Kemudahan infrastruktur termaju dengan hampir 44 sekolah termasuk MRSM, UiTM, Matrikulasi dan sekolah agama menjadikan Kepala Batas sebagai kota ilmu yang baik.

“Pada masa yang sama keberadaa, kaum, komuniti lain juga tidak dinafikan kesejahteraan dan kemudahan untuk mereka yang aman dan tenang.

“Ini semua saya laksanakan ikut telunjuk bekas ahli Parlimen Kepala Batas yang juga bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah iaitu Pak Lah yang mengajar saya kita perlu ‘colour blind’,” ujarnya.

BBerkaitan

Latest articles