Insiden Bakar al-Quran Di Stockholm Biadap

KUALA LUMPUR: Malaysia secara tegas mengutuk keputusan kerajaan Sweden yang membenarkan tindakan provokatif membakar al-Quran di sebuah masjid di Stockholm.

Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menyifatkan insiden itu sebagai tindakan biadab dan menyinggung perasaan umat Islam di seluruh dunia ketika sambutan Hari Raya Aidiladha.

“Tindakan itu ternyata mencemarkan kitab suci dan ia sekali gus melanggar prinsip untuk menghormati serta memahami semua agama dan kitab suci masing-masing.

“Keputusan oleh mahkamah Sweden bukanlah satu langkah progresif dalam usaha kita meningkatkan rasa hormat dan persefahaman untuk kebaikan bersama,” katanya dalam Twitter hari ini.

Untuk rekod, kejadian yang berlaku dua hari lalu itu tercetus apabila individu yang berasal dari Iraq bertindak membakar al-Quran di luar sebuah masjid di Stockholm sehingga mencetuskan kemarahan Turkiye ketika Sweden berusaha menyertai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

Perbuatan biadab itu dilakukan dua lelaki di luar masjid utama di ibu negara Sweden menjelang sambutan Aidiladha.

Insiden itu berlaku selepas polis meluluskan permit membenarkan lelaki itu melakukan perbuatan demikian.

Sebelum ini mahkamah rayuan Sweden menolak larangan polis terhadap protes membakar al-Quran yang menimbulkan kemarahan dalam kalangan umat Islam di seluruh dunia.

BBerkaitan

Latest articles