Johor Umum Cuti Peristiwa Pada Ahad ini Sempena JDT ke Final Piala Malaysia

KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Johor mengumumkan hari Ahad, 27 September sebagai cuti peristiwa.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, cuti peristiwa itu bersempena dengan kejayaan JDT yang mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2022 Sabtu ini.

“Ia juga bagi menghargai sokongan padu yang sentiasa diberi oleh rakyat Johor serta penyokong tegar skuad Harimau Selatan.

“Menjunjung Kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Johor yang telah memberi perkenan bagi meraikan kejayaan ini. Menjunjung Kasih DYAM Tunku Mahkota Johor yang menjadi inspirasi kepada Orang Muda Johor dan sentiasa memberi sokongan kepada atlet-atlet kita,”katanya menerusi hantaran di laman facebook beliau.

Dalam pada iru, Onn Hafiz mengajak orang ramai hadir ke Stadium Nasional Bukit Jalil pada esok untuk memberikan sokongan padu kepda pasukan JDT.

BBerkaitan

Latest articles