PAS Anjur Solat Hajat Permudahkan Urusan Muhyiddin Sebagai PM

KUALA LUMPUR: Masuk hari kelima selepas PRU15, rakyat Malaysia masih berteka-teki siapakah yang akan dilantik sebagai Perdana Menteri dan kerajaan dari gabungan politik yang mana akan menerajui negara.

Semalam kedua-dua pemimpin gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) dipanggil untuk mengadap Yang di-Pertuan Agong, namun cadangan untuk menubuhkan kerajaan perpaduan ditolak oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Hari ini tular poster memaparkan seruan PAS kepada rakyat Malaysia untuk mendoakan Muhyiddin dilantik sebagai perdana menteri Malaysia yang ke-10.

“Seruan solat hajat dan bacaan Yasin agar Allah permudahkan urusan pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri Malaysia.

“Dewan Ulamak PAS Pusat menyeru seluruh rakyat Malaysia khususnya ahli PAS, tunaikan solat hajat dan bacaan surah Yasin di markas atau tempat masing-masing,” tulis kenyataan pada poster itu.

Poster tersebut turut memaparkan foto beberapa pemimpin tertinggi gabungan berkenaan, termasuklah Tan Sri Hadi Abdul Awang dan Muhyiddin.

BBerkaitan

Latest articles