Penggabungan Kerajaan PH-BN, Anwar Jamin Tiada Campur Tangan

KUALA LUMPUR: Kes mahkamah membabitkan pemimpin-pemimpin UMNO akan diteruskan walaupun Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) bergabung untuk membentuk kerajaan.

Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan badan kehakiman sepatutnya bebas dan tidak perlu dicampuri.

“Mahkamah adalah mahkamah, badan kehakiman sepatutnya bebas jadi kami tidak akan masuk campur dengan proses badan berkenaan,” katanya kepada pemberita pada sidang media khas selepas mengadakan pertemuan dengan kepimpinan PH di Hotel Seri Pacific.

Terdahulu, Anwar turut mengadakan pertemuan dengan tujuh pemimpin BN di hotel yang sama.

Anwar berkata demikian ketika menjawab soalan pemberita bagaimana status kes mahkamah babitkan ahli UMNO sekiranya PH bergabung dengan BN bagi membentuk kerajaan campuran.

BBerkaitan

Latest articles