“Saya Calon Boleh Menang” – Shahidan Umum Lawan Calon BN Di Arau

KUALA LUMPUR: Ketua UMNO Bahagian Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim mengesahkan akan bertanding menentang calon Barisan Nasional di kerusi Parlimen Arau pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Bagaimanapun penyandang kerusi Parlimen Arau itu belum memutuskan parti mana yang akan ditandinginya.

Dipercayai Shahidan memberi bayangan memilih tiket Perikatan Nasional (PN).

Tindakan itu diambil Shahidan selepas kecewa dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang tidak mencalonkannya semula di kerusi parlimen tersebut.

“Kalau saya calon boleh menang, saya akan bertanding. Kalau saya calon tak boleh menang, saya tak akan bertanding.

“Tiket apa itu nombor dua, yang penting saya tanya dengan cawangan-cawangan (UMNO), saya harus tanding atas tiket apa.

“Pada saya, mereka memilih tiket sebuah parti yang menggerak ke arah Muafakat Nasional yang lepas, yang melibatkan Pas dan Bersatu,” katanya dalam sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan Ketua-Ketua Cawangan Parlimen Arau di Pusat Khidmat Kubang Gajah, Arau, Perlis, malam ini.

Menurut Shahidan lagi, setakat ini belum ada sebarang perbincangan dengan Perikatan Nasional dan berharap parti tersebut akan menang dalam PRU15.

BBerkaitan

Latest articles