Rela Dituduh Pengkhianat Kerana Pertahan Agama, Bangsa, Negara

KUALA LUMPUR: Menerusi satu hantaran di Facebook, Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu dirinya tidak kisah dituduh pengkhianat oleh bekas rakan-rakannya di dalam Pakatan Harapan (PH) suatu ketika dahulu.

Malah Presiden Bersatu itu menyifatkan tindakan beliau keluar dari PH pada waktu itu adalah berpatutan kerana tidak tahan dengan tuntutan DAP dan PKR yang tidak begitu sesuai serta bercanggah dengan tuntutan agama, bangsa dan negara.

“Saya tidak kisah dituduh pengkhianat kerana saya tidak boleh mengkhianati bangsa, agama dan negara,” katanya l.

Sehubungan itu dalam mendepani PRU15, Muhyiddin mendakwa, PN akan melakukan yang terbaik untuk kemaslahatan rakyat sekiranya berjaya membentuk kerajaan.

Beliau berharap agar para pengundi membuat pertimbangan yang bijaksana.

“Hanya PN yang boleh membentuk kerajaan yang berintegriti. Tidak ada pilihan lain selain PN,” katanya.

BBerkaitan

Latest articles