Ada perkara penting dalam projek LCS sengaja tidak dedah PAC

KUALA LUMPUR – Kepincangan dalam projek pembinaan kapa pesisir tempur (LCS) bernilai lebih RM9 bilion didakwa sengaja tidak didedahkan oleh ‘orang politik’ di kedua-dua pihak.

Ini kerana, laporan perolehan LCS setebal 169 muka surat (tidak termasuk lampiran) langsung tidak menunjukkan adanya money trail ataupun rasuah yang berlaku antara kontraktor dan menteri, menurut pemerhati politik, Abdul Rahim Hilmi Zakariya.

Yang dilaporkan sebagai punca kelewatan adalah masalah koordinasi yang berlaku antara kontraktor Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS), Tentera Laut Diraja Malaysia dan pengilang peralatan asal (OEM) di Perancis. Perkara ini boleh rujuk muka surat 12.

Malah, dirumuskan bahawa 15% daripada stok bernilai RM1.7 bilion sudah usang (obsolete) namun tidak pula dinyatakan adakah kerana ia berlaku kerana tempahan terlalu awal atau kerana projek disejukbekukan/ ditangguh antara akhir 2018 – akhir 2021 (hampir 3 tahun).

Menurutnya, jika projek itu tertangguh tiga tahun memang wajarlah teknologi sudah usang.

Dan stok RM1.7 bilion ini hanya sebahagian sahaja dibayar kerajaan dan perkara ini boleh dirujuk pada muka surat 109.

Abdul Rahim berkata, beliau tidak faham mengapa fakta ini tidak ditimbulkan dan hanya memaklumkan bahawa RM1.7 bilion stok telah usang, seolah-olah hendak memberitahu RM1.7 bilion ini ‘dimakan seseorang’

Beliau turut mendakwa, ada anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara menulis di Facebook bahawa RM6 bilion hangus tapi pelan pun tak ada.

“Saya ingat anggota PAC ini sendiri tak baca laporan atau tak ingat apa yang dia baca. Dalam muka surat 58 dinyatakan pelan binaan (construction plan) memang sudah siap dan lulus. Pelan perincian (detail drawing) pun dah siap. Cuma pembekal OEM di Perancis belum luluskan. Jadi macam mana boleh kata pelan tak ada?

”Ada ahli politik yang tuduh kontraktor BNS ini kroni sebab tidak dikenakan denda lewat (Liquidated & Ascertained Damages – LAD). Ahli politik ini mungkin tidak faham pengurusan kontrak.

”LAD hanya boleh dikenakan jika projek gagal siap melebihi tempoh kontrak dan berlaku disebabkan oleh kelemahan kontraktor. Tapi jika ia lewat kerana arahan SO atau force majeure contohnya, kontraktor berhak kepada tambahan masa (extension of time – EOT) dan pampasan (loss & expenses),” jelasnya lagi.

Menurut Abdul Rahim, dalam isu kapal LCS 1, ia sepatutnya diserah pada April 2019 dan disebabkan kerajaan antara 2018 -2019 melambat dan membeku projek tersebut, masuklah mahkamah mana pun memang kontraktor akan menang tuntutan EOT.

”Peliknya, perkara sebegini juga tiada dalam laporan PAC,” ujarnya.

Katanya, projek LCS ini tidak melibatkan kos tambahan kepada kontrak asal, malah pada muka surat 13 laporan PAC menyebut Unit Perancang Ekonomi (EPU) telah meminta Kementerian Pertahanan menangguhkan projek jika kos projek melebihi RM9 bilion (kontraktor minta RM10 bilion).

Tetapi kos masih kekal RM9 bilion, katanya.

Abdul Rahim menambah, isu terlebih bayar juga sebenarnya tidak begitu kuat kerana walaupun progres fizikal tak sampai dengan progres bayaran tetapi kerajaan masih boleh bayar berdasarkan aktiviti atau material.

”Benda ini sebenarnya amalan normal dalam industri pembinaan. Biasanya kita bayar atas nama ‘material on site’ (barang di tapak). Contohnya katalah ada switchgear sampai di tapak bina, konsultan sudah boleh luluskan bayaran senilai dengan material walaupun ia belum dipasang,” tambahnya.

Kata beliau, kelewatan projek ini memang berlaku pada zaman Barisan Nasional tetapi menjadi parah apabila kerajaan Pakatan Harapan melambat dan membeku projek tersebut atas alasan siasatan.

Sedangkan siasatan ini sebenarnya boleh dibuat secara serentak dengan pembinaan kapal.

”Berdasarkan rancangan BNS, jika tiada gangguan dari kerajaan PH pada ketika itu, kapal LCS 1 dapat diserahkan selewat-lewatnya antara akhir 2020 – pertengahan 2021. Dan kerajaan masih boleh mengenakan LAD ke atas kontraktor.

https://www.facebook.com/135856610910/posts/pfbid0Csg1zMvGWXDy3BGkJTXSQjyHbLorRdRy1PFhBZ1yrSBmfUFjsLfGPhwTjEdby2fHl/?d=n

”Jadi yang saya hairan, kenapa bekas menteri pertahanan Mohamad Sabu tidak dipanggil oleh PAC bagi menjelaskan tindakan kerajaan PH?,” soal Abdul Rahim lagi.

Menurutnya, berdasarkan laporan PAC itu, adalah wajar kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat kes ini.

Ini kerana, isu projek LCS tidak sesuai dibahaskan secara terbuka di Parlimen kerana ia boleh mendedahkan terlalu banyak rahsia persenjataan negara kepada dunia. Ini common sense paling asas,” katanya


untuk lebih adil. kami pihak editorial TRI turut menyertakan salinan laporan PAC terbabit agar lebih ramai pembaca dapat membaca penuh laporan berkenaan. Jangan termakan dengan permainan persepsi yang dimainkan oleh ahli politik tanpa membacanya secara penuh.

https://drive.google.com/file/d/1XiGwkdk235C-SAViSI8mG9X2nqEariSV/view?usp=sharing

 

BBerkaitan

Latest articles