Anwar Tetap Berharap Dicalon Sebagai PM Meskipun Sokongan Terhadap Mahathir Masih Tinggi

Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui perbincangan mengenai calon perdana menteri di kalangan parti-parti gabungan pembangkang itu masih berlangsung.

Tun M, Anwar, Shafie Dan Pimpinan PH Bermesyuarat di Pejabat PKR

Anwar Boleh Jadi PM Kalau Pilih Jalan Sendiri…

Menerusi wawancaranya bersama Malaysiakini, Anwar turut mengakui bahawa ada di kalangan mereka masih mahukan Tun Dr Mahathir Mohamad diangkat sekali lagi ke jawatan berkenaan bagi memastikan mereka terus mendapat sokongan majoriti untuk membentuk kerajaan.

“Hujah mereka agak berasas.

“Beberapa hari lepas ini, saya ada berjumpa dengan wakil-wakil rakyat dari DAP, Amanah, PKR yang berkata, ‘Kami setuju dengan kamu, polisi dan prinsip adalah perkara paling penting. Tapi tolonglah jadi realistik, ini ialah realpolitik (politik praktikal).

“Maka kami tak boleh abaikan perkara ini,” katanya.

Beberapa hari lalu, gabungan pembangkang yang terdiri daripada PKR, Amanah, DAP, serpihan Bersatu dan Parti Warisan Sabah mengadakan mesyuarat bersama.

Antara perkara yang dibincangkan adalah soal calon perdana menteri dan strategi untuk mendapatkan kembali kuasa sebagai kerajaan persekutuan apabila tersungkur selepas 22 bulan mentadbir negara.

Jika gabungan tersebut, yang kini dikenali sebagai ‘PH Plus’ ingin menjadi sebuah kerajaan yang stabil, mahu tidak mahu mereka harus mempertimbangkan Dr Mahathir sebagai perdana menteri yang seterusnya.

Meskipun menyedari sokongan terhadap Dr Mahathir masih membuak di kalangan pemimpin pembangkang, Anwar dalam masa yang sama tetap yakin dirinya masih ada peluang untuk diberikan peranan itu.

“Cautiously so (Ya, tetapi dengan berhati-hati), ujarnya ringkas.

Bagaimanapun katanya, dalam usaha mendapatkan sokongan terhadap dirinya, pembangkang tidak haris mengenepikan soal agenda perjuangan bersama.

“Dan kamu perlu menangani soal kekuatan dan kekurangan silam dalam pentadbiran PH, dan saya tak rasa kami akan mampu (mengabaikan) perkara itu.

“Jadi bagi saya ia amat penting. Jika saya akan dilibatkan dengan perubahan semacam ini, saya tak akan berkompromi,” tegasnya.

Dalam temubual yang sama, Anwar turut diajukan isu hubungan bersama Dr Mahathir, yang pernah menjadi seteru politiknya pada tahun 1998 dan kini menjadi rakan perjuangan politik sejak dua, tiga tahun yang lalu.

“Saya tak ada isu peribadi dengan Mahathir, isunya sentiasa soal polisi. Kami sangat mesra (semasa perjumpaan PH plus Selasa lalu).

Malah katanya sudah memujuk penyokongnya untuk memberi ruang kepada Dr Mahathir menjalankan tanggungjawabnya sebagai perdana menteri ketika pentadbiran PH masih berlangsung namun tidak dapat menafikan hak mereka yang mempersoalkan tempoh masa itu kerana tiada penjelasan yang tepat dr pihak Dr Mahathir.

BBerkaitan

Latest articles