Tun M, Anwar, Shafie Dan Pimpinan PH Bermesyuarat di Pejabat PKR

Minggu lalu Tun Dr Mahathir Mohamad mengadakan perjumpaan bersama Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal; Presiden Amanah, Mohamad Sabu; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan beberapa pemimpin yang lain.

Bagaimanapun tidak ada kelibat pemimpin PKR terlibat dalam mesyuarat itu sehingga menimbulkan tanda tanya ramai pihak.

Hari ini, kesemua mereka dikatakan sedang bermesyuarat di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya.

Ini merupakan kehadiran pertama Dr Mahathir ke ibu pejabat PKR.

Mesyuarat ini, didakwa sebagai rancangan membentuk sebuah kerajaan baru selepas tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan (PH) selama 22 bulan memegang kuasa.

Perikatan Nasional (PN) yang dipimpin Tan Sri Muhyiddin Yassin menggantikan PH selepas Dr Mahathir mengumumkan peletakan jawatannya.

Kedua-dua gabungan kerajaan dan pembangkang kini sedang memperkuatkan sokongan ahli parlimen masing-masing.

BBerkaitan

Latest articles