Bubar DUN Jika Ada Lagi Yang Gila Kuasa – Sultan Johor

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar hari ini memberi amaran kepada pemimpin politik negara susulan kemelut politik tanah air yang semakin hari semakin meruncing.

Menerusi hantaran di Facebook baginda, baginda meluahkan rasa kecewanya dengan situasi terkini negara, apabila adanya pemimpin yang berterusan merebut jawatan tanpa memikirkan kepentingan rakyat.

Bahkan baginda bertitah akan membubarkan DUN Johor sekiranya perebutan kuasa semakin memuncak dan memberi peluang kepada rakyat memilih pemimpin mereka.

“Apabila ada pemimpin yang gila kuasa dan terus merebut jawatan demi kepentingan diri mereka dalam keadaan rakyat yang sedang susah sekarang, mereka (wakil rakyat) langsung tidak peduli dan sanggup menambah lagi derita rakyat.

“Saya tidak boleh tengok rakyat saya menderita, dan tidak akan biarkan negeri saya dikucar-kacirkan.

“Saya bersumpah untuk menjaga dan membela nasib rakyat dan negeri saya pada setiap masa.

“Jika berlaku lagi perebutan kuasa di kalangan wakil rakyat, saya akan bubarkan Dewan Negeri Johor serta-merta,” titah baginda.

BBerkaitan

Latest articles