600 Ahli Warisan Sepanggar Umum Tinggalkan Parti

Warisan Sepanggar yang diketuai oleh Bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri, Mohd Azis Jamman menerima tamparan hebat apabila 600 ahli Parti Warisan  bahagian itu bertindak keluar parti selepas hilang kepercayaan terhadap kepimpinannya.

Ketua Wirawati WARISAN Bahagian Sepanggar Raisa Abd Ghaffur berkata, sebagai pejuang asal WARISAN Sepanggar, kebajikan pihaknya tidak pernah dipedulikan dalam gerakan memperjuangkan parti.

Menurutnya, janji-janji pihak kepimpinan untuk menjaga kebajikan ahli selaku pejuang parti dari mula penubuhan hanya cakap kosong sebagaimana rakyat kawasan Sepanggar yang dikecewakan WARISAN.


“Mereka harus ingat pemimpin itu dipilih oleh rakyat dan kedudukan mereka sekarang ini juga ditentukan oleh rakyat.

“Justeru, saya yang dilantik secara sah sebagai Ketua Wirawati WARISAN Sepanggar bersama ahli yang lain tidak lagi bersama WARISAN bermula Ahad (21 Jun),” katanya pada sidang media di sini.

Beliau berkata, sebagai aktivis di kawasan Sepanggar, pihaknya akan meneruskan usaha menyantuni rakyat dan menjadi suara rakyat melalui medium pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO).

Raisa berkata, mungkin dengan cara sedemikian, suara mereka akan lebih didengari serta dapat berkhidmat dengan penuh berintegriti.

“Tindakan kami ini tidak dipaksa dan dipengaruhi oleh mana-mana pihak,” jelasnya.

Turut hadir pada sidang media itu, Naib Ketua Wirawati Bahagian Sepanggar Fiuanah Sarama, Setiausaha Wirawati Bahagian Sepanggar Fazilah Rosli, Bendahari Wirawati Bahagian Sepanggar Satra Nur Izman, dan Ketua Penerangan Wirawati Bahagian Sepanggar Berlinda Ibrahim.

 

KOMEN

BERKAITAN

POPULAR

Media Sosial

29,272FansLike
0MembersFollow
48,300FollowersFollow
0FollowersFollow
9,238FollowersFollow
10,400SubscribersSubscribe

Terkini