6 juta dapat perlindungan bantu rakyat Selangor susah miliki insurans

KUALA LUMPUR — Seorang pemimpin PKR berkata inisiatif kerajaan negeri Selangor membantu 6 juta rakyat negeri itu mendapat perlindungan insurans am berkumpulan merupakan sesuatu pengumuman yang dinanti-nantikan terutama kepada golongan yang susah.

Timbalan Setiausaha Agung PKR, Dr Sathia Prakash Nadarajan berkata inisiatif itu sekurang-kurangnya dapat membantu golongan yang hidup susah dan langsung tidak berkemampuan untuk memiliki insurans atas desakan hidup selama ini.

“Sebagai seorang yang mempunyai latar belakang perubatan, saya amat memahami kepentingan insurans dalam kehidupan kita, tanpa insurans ianya juga amat sukar terutamanya apabila melibatkan kos perubatan tinggi terutamanya apabila terjadi kemalangan luar jangka.

“Ada juga pesakit saya mengadu kepada saya bahawa mereka terpaksa membatalkan insurans kerana kekangan kewangan disebabkan oleh kos sara hidup yang semakin meningkat, bilangan keluarga ramai mahupun gaji sedia ada tidak mencukupi,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, Dr Sathia yang juga membuka klinik SP Care di Rawang berkata syarat untuk mendapatkan insurans itu juga amat mudah dan senang.

Beliau berkata sangat gembira dan mengalu-alukan inisiatif serta usaha yang di bawa oleh Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari.

“Syaratnya juga amat mudah dan menyenangkan, anda perlu lahir di negeri ini atau menjadi pengundi di Selangor.

“Sungguh adil dan senang sekali. Tanpa banyak birokrasi,” katanya.

Pada 30 Ogos lalu Amirudin mengumumkan insurans itu ditawarkan buat penduduk dari usia 30 hari ke 80 tahun.

Inisiatif Skim Insurans Hayat Selangor (INSAN) bagi membantu meringankan beban mereka yang dihimpit masalah.

Amirudin berkata setiap individu akan menerima perlindungan RM10,000 untuk kematian, kemalangan dan kecederaan mengikut jenis.

Skim insurans dengan nilai perlindungan RM60 bilion boleh didaftar mulai 1 Okt ini.

Dr Sathia yang juga Ketua Cabang Hulu Selangor
inisiatif kerajaan negeri Selangor menunjukkan mereka amat menghargai nyawa setiap rakyatnya dan ianya sungguh membanggakan.

Beliau juga mengucapkan tahniah kepada Amirudin yang sentiasa tampil dengan inisiatif-inisiatif yang menjaga kebajikan sekaligus membantu golongan memerlukan di Selangor tidak kira siapa selama.

Katanya, pengumuman terbaru itu di sambut dengan amat baik sekali.

“Kerajaan negeri Selangor amat menghargai nyawa setiap rakyatnya dan ianya sungguh membanggakan.

“Inilah juga saat bermakna ketika ianya di umum ketika kita sedang menyambut kemerdekaan kita,” katanya.

Latest articles

Related articles

spot_img