4,127 Jawatan Doktor Kosong Di Hospital KKM, Termasuk 1,370 Pakar

KUALA LUMPUR: Sebanyak 4,127 kekosongan jawatan Pegawai Perubatan direkodkan di hospital bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), termasuk 1,370 jawatan doktor pakar.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, kekurangan itu ditampung menerusi khidmat 18 Pegawai Perubatan Pakar dan 4,568 Pegawai Perubatan bukan pakar lantikan kontrak bagi memastikan kelancaran perkhidmatan kesihatan.

Beliau berkata, KKM meningkatkan peluang latihan kepakaran menerusi Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) kepada 1,650 slot bagi 2026, selain menawarkan 400 slot melalui Program Latihan Kepakaran Parallel Pathway.

Antara langkah lain termasuk melantik semula pakar yang bersara wajib secara kontrak, mendapatkan khidmat pakar swasta secara sesi serta menggalakkan pakar Malaysia di luar negara kembali berkhidmat.

Menurutnya, Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Hospital Tunku Azizah mencatatkan kekosongan tertinggi doktor pakar sebanyak 175 jawatan, manakala Selangor merekodkan 751 kekosongan Pegawai Perubatan bukan pakar.

Beliau menjawab soalan Muhammad Fawwaz Mohamad Jan (PN-Permatang Pauh) menerusi jawapan bertulis yang disiarkan di portal Dewan Rakyat.

BBerkaitan

Latest articles