Zuraida masih MPT Bersatu, penilaian dibuat jika perlu, kata Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Zuraida Kamaruddin masih Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu dan penilaian mengenai status beliau akan dibuat sekiranya perlu.

“Kalau ada apa-apa perkembangan, penilaian akan dibuat mengenai status beliau,” kata Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin pada sidang media di Bukti Kiara, hari ini.

Muhyiddin berkata demikian ketika ditanya mengenai nasib Zuraida yang dikaitkan dengan Parti Bangsa Malaysia (PBM) dan dakwaan beliau dijangka keluar parti pada April ini dan menyertai PBM sebelum PRU15.

Muhyiddin berkata pihaknya belum menerima “kenyataan sebenar” berhubung Ahli Parlimen Ampang itu. “Walaupun banyak yang nyatakan beliau sudah menyertai parti lain.”

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi itu sebelum ini memberitahu media beliau tidak tahu mengapa diserang dalam Bersatu, susulan laporan bahawa parti itu sedang menyiasat dakwaan dia dikaitkan dengan PBM.

Dalam masa sama, sumber mendakwa Zuraida mengambil kira jangkaan kerajaan akan membentangkan rang undang-undang antilompat parti.

Beberapa penyokong dan “orang kuat” Zuraida dilaporkan menyertai PBM, namun parti itu menegaskan Zuraida tidak memohon menjadi ahli.

BBerkaitan

Latest articles