Zuraida Antara 13 Individu Yang Dipecat Dari PBM

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Displin Parti Bangsa Malaysia (PBM) hari ini memecat 13 individu di dalam parti itu, termasuk Abekas Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin.

Terdahulu 13 individu berkenaan diberi surat tunjuk sebab oleh Jawatankuasa Displin PBM pada 19 Disember lalu.

Pemecatan individu berkenaan kerana gagal mengemukakan maklum balas kepada Jawatankuasa Displin PBM dalam tempoh tujuh hari.

Selain Zuraida dan bekas pegawainya iaitu Nor Hizwan Ahmad, PBM turut memecat Naib Presiden 1, Rahimah Majid; Naib Presiden, Dr Sathiskumar; Naib Presiden 3, Muhammad Saiful Bahari Sahari; Ketua Pemuda, Na’im Brundage dan Ketua Penerangan, Zakaria Abdul Hamid.

Turut dipecat empat Ahli Majlis Tertinggi PBM, Abd Aziz Ab Kadir, Zakaria Abdul Rahim, Roger Tan Seng Huat dan Albakri Salim.

Menurut laporan FMT, meskipun Timbalan Presiden 1, Haniza Mohamed Talha dan Ketua Wanita, Dr Daroyah Alwi dipecat jawatan berkenaan, namun mereka berdua masih kekal sebagai ahli biasa.

Unit Penerangan PBM dalam satu kenyataan memaklumkan, tindakan terhadap 13 individu berkenaan dilakukan selepas Ahli Jawatankuasa Disiplin mengadakan perbincangan lanjut hari ini, bersandarkan Perlembagaan parti.

“Mereka diberi peluang untuk menjelaskan dan membela diri dan diberi tempoh tujuh hari, akan tetapi telah gagal memberikan maklum balas kepada Jawatankuasa Disiplin Parti PBM.

“Maka dengan ini, demi kepentingan Parti PBM, Jawatankuasa Disiplin PBM telah membuat keputusan bahawa keahlian, jawatan individu-individu tersebut ditamatkan berkuat kuasa serta-merta pada 27 Disember 2022,” katanya.

BBerkaitan

Latest articles