Zambry Sahkan Tiada Ahli Parlimen BN Yang Sokong Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) hari ini dimaklumkan tiada Ahli Parlimen daripada gabungan itu memberi sokongan kepada Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Ke-10.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Zambry Abd Kadir, dimana mesyuarat yang sama juga mengambil pendirian terbuka untuk berbincang dengan pihak-pihak yang berkenaan, bagi memastikan sebuah kerajaan dapat dibentuk demi kepentingan negara dan kesejahteraan rakyat.

“Tiada mana-mana Ahli Parlimen Barisan Nasional yang telah memberikan sokongan terhadap pencalonan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Ke-10, dan pemakluman mengenai perkara ini telah dibuat kepada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong

“Dengan pendirian dan keputusan yang dicapai, kedudukan Barisan Nasional adalah kekal seperti sekarang,” katanya menerusi kenyataan.

Dalam masa yang sama, BN meminta semua pihak yang berkaitan agar bertenang (cooling-off period) ketika mendepani situasi politik negara pada waktu ini.

Malah beberapa Ahli Parlimen BN yang ditemui pagi tadi mengesahkan tidak menandatangani Akuan Berkanun (SD) menyokong mana-mana parti untuk menubuhkan kerajaan.

Sebelum ini, Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa memperolehi sokongan yang cukup untuk melayakkan gabungannya menubuhkan kerajaan.

Begitu juga dengan PAS yang menyatakan Perikatan Nasional (PN) juga mempunyai jumlah sokongan ahli Parlimen yang mencukupi untuk membentuk kerajaan pusat.

BBerkaitan

Latest articles