Zahid: Yang Khianat Akan Terima Padah

KUALA LUMPUR: Tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang khianat kepada parti, demikian tegas Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“UMNO tidak teragak-agak memberi amaran keras kepada ADUN parti ini di Melaka yang dianggap berpaling tadah menyebabkan krisis politik ketika ini.

“Mereka yang khianat kerajaan negeri ketika ini, bersedialah untuk menerima tindakan daripada parti termasuk surat pemecatan kepada mereka.

“Mana-mana wakil rakyat sama ada ADUN atau Ahli Parlimen hendaklah fokus dan taat kepada parti,” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

Ahmad Zahid mengulas tindakan dua ADUN UMNO yang menjadi punca kepada keruntuhan kerajaan Melaka yang diterajui UMNO-Barisan Nasional (BN) selepas menyatakan hilang sokongan kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Mereka adalah ADUN Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron dan ADUN Pantai Kundor, Datuk Norazman Hassan.

Semalam Pengerusi Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh memaklumkan keahlian Idria dan Norazman terlucut serta-merta selepas mengambil tindakan bertentangan dengan parti.

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Advertisment

Terkini