More

    Zahid Umum Gencatan Politik, Utama Usaha Perangi Covid-19

    Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan “gencatan politik” supaya semua pihak bersatu menentang Covid-19 selainmenegaskan menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).

    Umno juga ujarnya mendokong kerajaan PN pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam memberi fokus kepada agenda membantu rakyat dan negara.

    “Saya ingin menegaskan beberapa pendirian Umno seperti mana berikut, melakukan gencatan politik (political ceasefire) bagi memastikan agenda menangani Covid-19 dan membantu rakyat yang sedang dihimpit kesusahan dan kegelisahan akibat hambatan ekonomi dapat ditangani dan diutamakan.null

    “Mendokong kerajaan PN dalam memfokuskan agenda membantu rakyat dan negara mendepani pandemik Covid-19 serta kegawatan ekonomi,” katanya dalam satu kenyataan.

    Untuk rekod pada 13 Oktober lalu biro politik Umno mempertimbangkan untuk menarik diri daripada menyokong gabungan PN dan memberi syarat baru kepada kerajaan PN bagi meneruskan kerjasama politik.

    Dalam pada itu Zahid berkata, Umno memutuskan untuk mengarahkan kepimpinan parti dalam kabinet menumpukan usaha bagi menjayakan agenda membantu rakyat berdepan kesukaran akibat Covid-19.

    “Kerjasama semua parti dalam kerajaan Perikatan Nasional harus diperkasakan bagi menjamin kestabilan politik di saat negara menghadapi ancaman Covid-19 dan ketidaktentuan ekonomi negara,” katanya.

    Berita Berkaitan

    Berita Terkini