More

    Zahid Soal, ‘Bila Parlimen Boleh Bersidang?’

    Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyoal kerajaan sama ada berhasrat untuk menasihati Yang Di-Pertuan Agong supaya mengadakan persidangan Dewan Rakyat.

    Apatah lagi dengan perkembangan terbaru semalam dimana kerajaan telah

    menamatkan perintah kawalan pergerakan (PKP) dan lebih banyak perniagaan dibenarkan dibuka.

    “Memandangkan tiada lagi negeri dikenakan PKP, agak-agaknya bila pula parlimen boleh kembali bersidang,” demikian memetik hantarannya di Facebook.

    Semalam Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub memaklumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan berkuatkuasa di Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang bermula 5 Mac ini, manakala pada masa sama, penguatkuasaan PKPB kekal di Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Sarawak dan Perak.

    Bagi Melaka, Pahang,Terengganu, Sabah, Putrajaya dan Labuan, perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP) akan dikuatkuasakan, juga bermula 5 Mac ini.

    Manakala pengutkuasaan PKPP kekal di Perlis.

    Sementara itu, Ahmad Zahid berkata Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Sultan Ahmad Shah telah bertitah bahawa “tanggapan sesetengah pihak bahawa pelaksanaan proklamasi darurat menghalang parlimen untuk bersidang adalah tidak tepat.”

    Mengambil kira titah itu, Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuh berkata sidang Dewan Rakyat perlu berlangsung walaupun dalam keadaan darurat.

    “Pak Menteri sila ‘move on’. Jom kita bersidang demi kepentingan rakyat dan negara. Inikan negara demokrasi,” katanya lagi.

    Untuk rekod PKP mula dilaksanakan pada 13 Januari, manakala pengisytiharan darurat pula pada 11 Januari lalu.

    Pengisytiharan darurat, yang berakhir pada Ogos ini, juga menyaksikan penggantungan parlimen.

    Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata darurat diperlukan untuk membantu memerangi wabak COVID-19, meskipun pelbagai kritikan dilemparkan menuduhnya cuba menyekat parlimen bersidang setelah kehilangan majoriti di Dewan Rakyat.

    Berita Berkaitan

    Berita Terkini