More

    Zahid Nafi Audio Tular Adalah Perbualan Dirinya Dengan Anwar Ibrahim, Arah Laporan Polis Dibuat

    Presiden UMNO, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menafikan rakaman audio yang tersebar kononnya itu adalah perbualan dirinya dengan Presiden PKR.

    Menurutnya beliau amat kecewa dan terkejut mengenai penyebaran audio berkenaan dan menafikan menafikan sekeras-kerasnya mengenai adanya perbualan sebagaimana dalam audio rakaman tersebut

    ” Saya menafikan sekeras-kerasnya mengenai adanya perbualan sebagaimana dalam audio rakaman tersebut, malah ingin ditegaskan tiada sebarang perbualan antara saya dengan Datuk Seri Anwar selepas Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini”

    Menurutnya lagi Sebagai Presiden UMNO, beliau tidak akan sesekali mencabuli apatah lagi membelakangi apa jua ketetapan yang telah diputuskan oleh Majlis Kerja Tertinggi UMNO dan Perhimpunan Agung UMNO.

    ” Saya telah mengarahkan pegawai saya untuk segera membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan dilakukan untuk mengenal pasti dalang ” scheme of thing” ini” katanya lagi

    Malam tadi gempar apabila satu laman facebook memuat naik satu video yang dikatan perbualan audio di antara Presiden UMNO itu dengan Presiden PKR.

    Berita Berkaitan

    Berita Terkini