KUALA LUMPUR: YTL Communications Sdn Bhd mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju inovatif dalam industri telekomunikasi dengan meraih dua anugerah utama di Anugerah Telekom Asia 2025 yang diadakan di Marina Bay Sands Expo, Singapura.
YTL Communications menerima anugerah “Inisiatif Klien B2B Tahun Ini” dan “Penyelesaian Penyambungan Inovatif Tahun Ini”, mengukuhkan komitmen YTL Communications untuk terus menyediakan penyelesaian penyambungan terkini kepada pelanggan perniagaan melalui pemanfaatan potensi transformasi Yes 5G.
Anugerah “Penyelesaian Penyambungan Inovatif Tahun Ini” mengiktiraf perkhidmatan Yes Managed Wi-Fi, sebuah penyelesaian penyambungan generasi baru yang menggabungkan 5G, virtualisasi berasaskan awan dan pengurusan serta keselamatan bertaraf perusahaan.
Penyelesaian ini menyediakan sambungan yang fleksibel, boleh diskala dan mesra alam, walaupun dalam persekitaran penyebaran yang mencabar.
Perkhidmatan dilaksanakan di resort mewah seperti Tanjong Jara Resort dan Pangkor Laut Resort, di mana Yes Managed Wi-Fi merevolusikan infrastruktur penyambungan mereka dengan memanfaatkan 5G dan pengawal berasaskan awan, membolehkan roaming tunggal SSID dan pengurusan polisi yang bersatu.
Ini menghasilkan perkhidmatan Wi-Fi bertaraf perusahaan yang kukuh dengan kebolehpercayaan dan prestasi yang cemerlang, tanpa memerlukan pemasangan gentian yang mahal.
Sementara itu anugerah “Inisiatif Klien B2B Tahun Ini” melalui pelancaran rangkaian Yes Private 5G yang berpionir, dimana rangkaian Yes Private 5G yang menggunakan teknologi 5G SA (Standalone) generasi terkini, dengan latensi rendah dan kelajuan yang sangat pantas, dapat mengoptimumkan operasi dan meningkatkan produktiviti.
Ia juga membolehkan penggunaan automasi, AI, dan robotik, sekali gus mempercepatkan transformasi Industri 4.0 di seluruh Malaysia.
Salah satu kejayaan utama ialah Clarion Malaysia, yang kini menjadi rumah kepada kilang pintar pertama di Malaysia yang dikuasakan oleh AI dan robotik, dibolehkan oleh Yes 5G Private Network.
Menerusi kerjasama dengan Cnergenz, YTL Communications menyediakan Rangkaian 5G SA Private yang berdiri sendiri di premis, menetapkan piawaian baru untuk automasi industri dan kecemerlangan operasi.
Ketua Eksekutif YTL Communications, Wing K. Lee menyifatkan kemenangan itu sebagai tanda pengiktirafan perkhidmatan syarikat itu, sekaligus meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara maju dalam bidang digital.
“Anugerah ini adalah bukti kukuh terhadap komitmen mendalam kami untuk berinovasi dan menyediakan penyelesaian bertaraf dunia bagi memberi impak kepada kehidupan dan produktiviti. Yes 5G bukan sekadar tentang kelajuan yang lebih pantas—ia tentang mentransformasikan industri, memperkasakan perniagaan, dan mencipta pemberdayaan digital untuk negara.
“Kami bersyukur kerana diiktiraf di kalangan kumpulan terhormat rakan-rakan industri di seluruh Asia. Kemenangan berganda ini memperkukuhkan komitmen kami untuk membantu Malaysia melangkah maju sebagai negara digital dan memajukan ekonomi negara demi manfaat semua rakyat Malaysia,” ujarnya.
Anugerah Telekom Asia menghargai syarikat-syarikat yang memacu inovasi dan menerajui perubahan transformasi di seluruh Asia-Pasifik, selain bertujuan memberi penghormatan kepada pelopor yang membentuk masa depan penyambungan dan mendefinisikan semula landskap digital.
Seiring dengan perubahan industri ini, YTL Communications telah berjaya muncul sebagai syarikat teknologi terkemuka Malaysia, menerajui jalan sebagai yang pertama melancarkan 5G dan terus komited dalam memacu inovasi berasaskan 5G.
Pelancaran perkhidmatan 5G Yes pada tahun 2021 memberikan pengalaman dunia sebenar yang tidak ternilai dan peluang untuk pengoptimuman perkhidmatan, yang membolehkan Yes diiktiraf sebagai rangkaian terpantas di Malaysia oleh OOKLA selama dua tahun berturut-turut pada 2022 dan 2023.
“Digabungkan dengan pelaburan strategik Kumpulan kami dalam Taman Pusat Data Hijau 500MW, kerjasama dengan Nvidia untuk AI Cloud kedaulatan pertama negara dan bank digital pertama yang dipacu AI di Malaysia, kami memiliki infrastruktur digital yang diperlukan untuk menjadi pemangkin utama dalam transformasi digital di seluruh industri,” demikian menurut Lee.
Anugerah terbaru ini juga menjadi bukti impak dan pencapaian Kumpulan YTL yang lebih besar dalam pembangunan negara selama 70 tahun yang lalu, terutamanya dalam infrastruktur fizikal dan digital merangkumi pelbagai industri dan negara.